Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan mengapa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hanya memberi tumpuan terhadap audit Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM).

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor bertitah, KBS sepatutnya turut memberi perhatian ke atas penyata kewangan FAM demi kepentingan peminat bola sepak Malaysia.

“Mengapakah hanya audit yang ditekankan sebaliknya bukan FAM?. Kami ingin tahu, bilakah KBS akan menerbitkan penyata kewangan FAM demi kepentingan peminat bola sepak Malaysia khususnya,” titah baginda seperti disiarkan melalui laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini.

Sementara itu, sebuah laman Facebook penyokong bola sepak Johor menyiarkan kenyataan Tweet menjawab persoalan itu yang didakwa oleh Khairy yang menyebut:

“Masalah PKBM kelemahan pengurusan kewangan. Masalah FAM kelemahan pasukan kebangsaan. Sebab itu PKBM diaudit akaun”.

Beberapa laman Facebook penyokong bola sepak Johor lain pula menyiarkan gambar baginda berkenan bertemu kumpulan penyokong bola sepak tegar Malaysia, Ultras Malaya baru-baru ini.

Ultras Malaya yang sentiasa memberi sokongan dalam setiap perlawanan membabitkan pasukan bola negara sebelum ini dikritik hebat oleh FAM, KBS dan media arus perdana gara-gara tindakan kumpulan itu membantah kepimpinan FAM.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment