Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

Philadelphia (Amerika Syarikat): Satu penerbangan US Airways dari Itali ke Philadelphia terpaksa mendarat di Ireland selepas beberapa kru penerbangan jatuh sakit secara tiba-tiba.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) masih menyiasat kejadian membabitkan Penerbangan 715 dari Venice pada Sabtu itu.

Pihak berkuasa persekutuan dan penerbangan masih belum mendedahkan punca kru penerbangan terbabit mengalami loya, pening dan mata berair.

Pihak berkuasa berkata, semua 185 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan atau sakit.

Penerbangan itu mendarat di lapangan terbang Dublin pada petang

Menurut US Airways, semua kru yang sakit diberi rawatan perubatan manakala penumpang meneruskan perjalanan ke Philadelphia menggunakan pesawat lain.

Sumber: AP

0 comments:

Post a Comment