Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

KUCHING – Minyak petrol baharu, Petronas Primax 95, dengan ‘Advanced Energy Formula’ mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga, sekali gus meningkatkan penjimatan petrol, kata Pengurus Besar Kanan Jabatan Perniagaan Petronas Dagang Berhad, Lu Jia Lih.

Beliau berkata Petronas Primax 95 membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran, serta menghasilkan semburan petrol yang lebih halus untuk menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga.

“Ketiga-tiga fungsi ini bergabung untuk memberikan kecekapan petrol yang lebih hebat.

“Bahan api ini direka untuk memberikan prestasi yang lebih tinggi dan lebih baik bagi perjalanan yang lebih jauh,” katanya pada upacara pelancaran Petronas Primax 95 di sini hari ini.

Jia Lih berkata Petronas sentiasa konsisten dalam mewujudkan piawaian baharu bagi industri dan akan terus mencipta penyelesaian inovasi baharu bagi pelanggan sebagai satu strategi untuk kekal sebagai jenama pilihan.

“Petronas Primax 95 dihasilkan melalui kejayaan kejuruteraan Petronas dalam membangunkan teknologi bendalir automotif yang membawa kejayaan berterusan kepada pasukan Formula One Mercedes AMG Petronas dalam perlumbaan Formula One tahun ini,” katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment