Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

KOTA KINABALU: Polis menahan enam lelaki dipercayai ada kaitan dengan cubaan menceroboh oleh tiga lelaki yang melanggar bot Pasukan Gerakan Am (PGA) di perairan Pulau Berhala, Sandakan, malam semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata enam lelaki berusia 18 hingga 53 tahun itu, ditahan di sebuah rumah di Sandakan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai lebih RM50,000 dan beberapa telefon bimbit milik semua suspek terbabit.

 Tangkapan enam orang itu susulan penahanan tiga lelaki di perairan Pulau Berhala, jam 7.30 malam semalam, selepas dikesan cuba menceroboh perairan negara ini melalui Pulau Berhala di Sandakan.
Dalam kejadian itu, seorang anggota PGA turut cedera selepas bot dinaiki berlanggar dengan bot penjenayah terbabit.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment