Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

Jarang sekali ada ibu yang tidak sayangkan anak hingga tergamak melakukan sesuatu yang boleh meragut nyawa anak mereka.

Namun dalam keadaan terpaksa Mila Aksakova, 36, terpaksa melempar keluar dua anaknya daripada tingkap di tingkat 4 demi menyelamatkan mereka apabila flat yang diduduki terbakar.

Kejadian disaksikan penduduk yang sempat keluar dari kediaman mereka ketika kebakaran berlaku di Energetic, Baskkortostan, Rusia.

Mujurlah, mereka yang berada di bawah sempat menyambut Vanya, 4, dan kakaknya Natalya, 13, menggunakan cadar yang dipegang beramai-ramai.

Si ibu yang risau cadar tersebut tidak dapat menampung beratnya memilih untuk menunggu di dalam flat hinggalah anggota bomba tiba untuk menyelamatkan dirinya.

Di bawah adalah rakaman detik-detik cemas Aksakova melempar anak-anaknya dari tingkat 4:



Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

0 comments:

Post a Comment