Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 8, 2014

No Comment

PARIS – Paris Saint-Germain merangkul trofi Liga Perancis dua tahun berturut-turut selepas pencabar terdekat mereka, Monaco seri 1-1 ketika menentang juara bertahan Piala Perancis, Guingamp, awal pagi tadi.

Monaco di tempat kedua ketinggalan tujuh mata di belakang PSG dan saingan hanya berbaki dua perlawanan. PSG pula tumpas 1-2 ketika menentang Rennes.

Monaco seperti berupaya melengahkan sambutan kejayaan PSG apabila penyerang, Dimitar Berbatov menanduk masuk pada minit ke-77 tetapi pemain gantian Guingamp, Fatih Atik menyamakan kedudukan pada minit ke-85.

PSG sudah meraih empat gelaran liga. – AP

0 comments:

Post a Comment