Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – : “Saya bukan tunang dia dan kami tidak pernah bertunang. Kata putus dah dibuat pun,” kata pelakon Uqasha Senrose menamatkan spekulasi mengenai status sebenar hubungannya dengan pelakon Pekin Ibrahim yang berantakan sejak beberapa bulan lalu.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata, dia rimas dan bosan dengan sikap Pekin yang terus menjaja kisah mereka di media sedangkan hubungan itu sudah lama berakhir.

Katanya, dia akhirnya tampil membuka mulut bagi meleraikan kekeliruan yang timbul mengenai hubungan itu agar tidak lagi dikaitkan dengan aktor berusia 33 tahun itu.

“Saya betul-betul tak tahu apa agenda dia terus bercakap mengenai hubungan kami kepada media? Sebenarnya kami memang dah tak ada apa-apa.
“Sudah empat atau lima bulan kami sudah tidak berkomunikasi langsung. Kami dah pernah berbincang benda ini, jadi tak perlulah dia terus canang lagi.

Sumber: myMetro

0 comments:

Post a Comment