Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa hari ini meluahkan kemarahannya apabila butiran laporan polis tentang kes rogol yang berlaku dalam kawasan Parlimennya tersebar di laman sosial secara meluas.

Menurut beliau di laman Facebooknya, jika benar sekalipun pihak polis ingin mendedahkan butiran kejadian, mereka sepatutnya melindungi identiti mangsa yang masih di bawah umur.

“Bagaimana detail (butiran) laporan polis boleh tersebar, kalau ya sekalipun pihak polis hendaklah lindungi identiti mangsa kerana mangsa masih merupakan orang di bawah umur,” katanya di status Facebooknya.

Dalam butiran laporan yang tersebar, jelas terpapar identiti mangsa lengkap dengan nama, alamat serta nombor kad pengenalan yang jelas ia bakal menjejaskan keselamatannya yang telah mendedahkan kejadian rogol berkenaan.

Selain itu, Annuar hari ini turut terkejut dengan kejadian berkenaan yang berlaku di dalam kawasan yang diwakilinya.

“Saya di luar negara, terkejut, Masyaallah.. saya cuba dapatkan maklumat, setakat ini, ini yng saya dapat.

“Sebagai Ahli Parlimen Ketereh, saya dukacita dengan berita ini, semoga siasatan dibuat untuk mengetahui kebenarannya,” katanya.

Sementara itu, laman twitter Berita Harian memaklumkan bahawa 10 individu termasuk seorang remaja perempuan telah ditahan bantu siasatan kes berkenaan.

Dalam butiran laporan yang tersebar, mangsa didakwa dan seorang lagi remaja mendakwa telah dirogol oleh kira-kira 38 orang lelaki di dalam sebuah rumah kosong di Ketereh yang dikelilingi semak-samun.

Kejadian berlaku apabila kedua-dua remaja itu dipaksa masuk ke dalam sebuah bilik tidur di dalam rumah berkenaan.

Lebih malang lagi, seorang rakan mangsa yang juga seorang lelaki turut dipaksa suspek kes berkenaan untuk melihat bagaimana mangsa dirogol secara beramai-ramai.

Siasatan pihak polis bagi mengenalpasti kebenaran kes berkenaan sedang giat dijalankan.

Sumber: IKA / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment