Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

PAPAR – Pekan Papar yang terletak kira-kira 38 kilometer dari selatan Kota Kinabalu bakal berwajah baharu menerusi projek ‘Papar Riverfront’ yang sedang dirancang.

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail, projek itu yang berpusat di muara Sungai Papar, adalah sebahagian usaha pemuliharaan sungai yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah menerusi program ‘Satu Negeri Satu Sungai’.

“Menerusi projek Papar Riverfront ini, kawasan muara sungai akan dijadikan pusat bersantai dan rekreasi moden untuk penduduk tempatan selain menarik pelancong,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya antara yang dirancang ialah trek untuk berjoging, beriadah serta taman permainan kanak-kanak selain kemudahan awam yang lengkap.

Turut dirancang ialah kawasan memancing dan anjung untuk pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi, katanya.

Daerah Papar yang mempunyai kira-kira 130,000 penduduk berketurunan Melayu Brunei, Kadazandusun, Bajau serta Cina menyaksikan pertumbuhan yang agak pesat sejak kebelakangan ini namun pada masa sama masih memelihara bangunan lamanya.

Daerah ini merupakan antara perhentian kereta api British North Borneo yang wujud pada lewat 1880-an. Laluan kereta api sepanjang 140 kilometer itu menghubungkan Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan Tenom.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment