Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

KANGAR – Kontinjen Selangor, Terengganu, Sarawak dan Johor masing-masing meraih dua pingat emas melalui acara silat seni yang berlangsung di Dewan Rakan Sukan, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini, malam tadi.

Acara pencak silat yang berakhir jam 1 pagi tadi itu menyaksikan Terengganu mendominasi acara Solo Bebas wanita dan lelaki menerusi Nor Aqila Noryamal dan Mohd Faiz Ngah.

Pingat perak Solo Bebas wanita menjadi milik atlet Pahang Nur Atikah Alias, sementara gangsa diraih atlet tuan rumah Puteri Siti Nur Aisyah Zubaidillah.

Pingat perak kategori lelaki menjadi milik atlet Perlis Mohd Asyraf Hazwan Mohd Rosidi dan gangsa pula diraih Mohd Nasfirdaus Murshidi dari Selangor.
Johor pula mendominasi acara Tempur Ganda wanita dan lelaki.

Bagi acara wanita, gandingan pasangan kembar Ainul Nadira dan Ainul Namira Tuah memukau perhatian dengan ketangkasan jurus persilatan mereka untuk meraih emas, manakala perak dimenangi oleh gandingan atlet Perak Nur Jannah Alias dan Nur Sahira Hamzah, sementara gandingan atlet Kedah Aina Syafiqah Mohd Razali dan Roshamimi Alias meraih gangsa.

Menerusi acara Tempur Ganda lelaki pula, gandingan Maizal Hafizi Mansor dan Mohd Hazim Mohd Shahfri menyumbang emas untuk Johor, manakala perak dimenangi pasangan atlet Terengganu Mohd Adam Zakaria dan Muhammad Suhaimi Tengah.

Pingat gangsa menjadi milik pasangan Mohd Naim Ismail dan Muhamad Amin Mat Rasull dari Kedah.

Selangor pula memulakan kempen mereka dengan meraih pingat emas dalam Jurus Tunggal Baku wanita menerusi Maisarah mohammad Burhanuddin dan Jurus Wajib Regu lelaki menerusi gandingan Amir Aiman Mohd Awal, Muhammad Amierul Ashraf Muhammad dan Muhammad Syafiq Ridhuan Ahmad Suhaimi.

Sarawak meraih pingat emas dalam acara Jurus Tunggal Baku menerusi Mohd Firdaus Rahmat dan Jurus Wajib Regu wanita melalui trio Christy Sherry Anthony Paing, Farrah Hannim Ismail dan Rita Langat.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment