Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment
PEMAIN-pemain Manchester City meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama ribuan penyokong mereka di pusat bandar Manchester sebelum itu diarak menaiki bas tidak berbumbung mengelilingi bandar. – REUTERS
MANCHESTER - Hanya beberapa jam selepas diraikan dalam satu majlis gilang gemilang, Manchester City tiba di Abu Dhabi untuk memulakan siri jelajah di negara Arab itu.

Kehadiran kelab tersebut yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris disambut meriah oleh peminat di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

City bercadang untuk me­ngadakan latihan terbuka sebelum bertemu Al-Ain, kelab yang dinaungi bekas bintang Sunderland, Asamoah Gyan.

Beberapa jam sebelum ini, skuad The Citizens diraikan secara besar-besaran apabila diarak menaiki bas tidak berbumbung mengelilingi jalan utama di Manchester.

Cuaca yang baik pada sebelah tengah hari selepas hujan di waktu pagi menjadikan suasana sambutan lebih menarik, di mana langit biru dan ribuan penyokong menyambut jaguh-jaguh City.

City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali keempat selepas menumpaskan West Ham 2-0 dalam aksi terakhir di Etihad, Ahad lalu.

Sewaktu bas yang membawa pemain melalui ribuan penyokong, ketua pasukan, Vincent Kompany menjerit ke arah mereka: “Manchester nampak biru hari ini dan itulah adalah identiti kita.”

Ada penyokong yang sanggup memanjat tempat menunggu bas dan tiang papan tanda kerana ingin melihat wajah pemain kesa­yangan mereka dengan lebih dekat.

Pemain tengah City, Yaya Toure yang juga pemain terbaik kelab pada musim ini antara yang paling bersemangat menyanyikan lagu pasukan sepanjang diarak di atas bas.

Trofi Liga Perdana yang dimenangi turut dijulang oleh pemain-pemain City sepanjang bas bergerak untuk diperlihatkan kepada penyokong.

City dan musuh setempat mereka, Manchester United telah menguasai dua gelaran Liga Perdana dalam tempoh empat tahun ini.

Sumber: Utusan

0 comments:

Post a Comment