KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPA), Datuk Sulaiman Keling dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN) yang baharu.
JPN dalam satu kenyataan media memberitahu, Sulaiman, 58, menggantikan Datuk Jariah Mohd. Said yang bersara wajib pada 2 Mei lalu.
“Sulaiman yang berasal dari Melaka mempunyai kelulusan Diploma Pengurusan Awam dari Intan dan Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Sulaiman menjadi Ketua Pengarah JPA dari Oktober 2011 hingga Mei 2014.
Sumber: My News Hub
0 comments:
Post a Comment