Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) akan keluar sepenuhnya dari Afghanistan menjelang penghujung 2016, kata Presiden Barack Obama, yang mengumumkan perancangan bagi menamatkan perang paling lama AS, 15 tahun selepas serangan 11 September. 

Bercakap di White House Rose Garden, Obama mengesahkan bahawa tentera AS seramai 32,000 orang akan dikurangkan kepada 9,800 pada awal 2015. 

Katanya, jumlah itu akan dikurangkan separuh lagi menjelang penghujung 2015 sebelum kembali seperti sedia kala dengan hanya kehadiran pegawai kedutaan dan keselamatan menjelang penghujung 2016. 

“Kami akan selesaikan tugas yang dimulakan dulu,” kata Obama ketika menggariskan penamatan pembabitan AS dalam konflik berkenaan, apabila tentera diketuai AS menyerang Afghanistan bagi menumpaskan Taliban dan memburu pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden. 

Obama berkata, tentera darat AS akan menamatkan operasinya pada hujung tahun ini, bermakna pasukan AS tidak akan mengawal lagi kawasan bandar, pekan atau lembah di Afghanistan mulai tahun hadapan. 

Pengunduran itu juga bergantung pada kesediaan Afghanistan untuk menandatangani Perjanjian Keselamatan Bersama (BSA) yang mengandungi syarat dan terma kehadiran tentera AS di negara berkenaan selepas tahun ini. 

Presiden Afghan yang akan melepaskan jawatan, Hamid Karzai enggan menandatangani perjanjian itu, tetapi kedua-dua calon presiden yang akan bertanding tahun hadapan bagi menggantikan beliau, Ashraf Ghani dan Abdullah Abdullah sudahpun menyatakan kesediaan mereka untuk berbuat demikian. 
“Saya menaruh harapan ia dapat dilakukan,” kata Obama.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment