Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Seorang wanita Mongolia hari ini dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah yang didakwa dilakukan bersama teman lelakinya pada Januari tahun lepas di sebuah rumah di Subang Jaya dekat sini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu terhadap Zolzaya Natsagdorj, 26, penuntut jurusan pengurusan dan perniagaan antarabangsa di sebuah kolej swasta, selepas berpuas hati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya beliau berkata setelah meneliti keterangan saksi dan hujah pendakwaan serta pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh tidak mempunyai pengetahuan terhadap satu beg kertas berisi dadah yang diberi kepadanya oleh seorang lelaki, justeru menganggap tiada pengedaran dadah berlaku.

Akhtar berkata mahkamah turut mengambil kira faktor tertuduh pelajar cemerlang dan berasal daripada keluarga yang baik selain tiada bukti menunjukkan tertuduh menghadapi masalah kewangan sehingga mendorongnya terlibat dalam pengedaran dadah itu.

“Justeru, tertuduh tidak akan memusnahkan masa depannya dengan melakukan sesuatu yang salah dari sisi undang-undang,” katanya.

Zolzaya yang diwakili peguam L A Gomes, diperintah membela diri pada 16 Mei lepas atas tuduhan bersama-sama teman lelakinya Barsbaatar Ganbold, 22, juga warga Mongolia, mengedar dadah jenis heroin seberat 278.6 gram dan monoacetylmorphine seberat 85 gram di rumah berkenaan pada 1.30 pagi, 26 Jan 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta sama yang memperuntuk hukuman mati jika sabit kesalahan.

Barsbaatar dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan tanpa dipanggil membela diri pada 16 Mei lepas setelah mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atasnya.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie mengemukakan lima saksi sementara pembelaan mengemukakan empat saksi.

Keputusan mahkamah hari ini disambut dengan gembira oleh keluarga wanita itu yang menunggu sejak awal pagi.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment