Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMap) menyediakan 100 tempat khas untuk pelajar dari keluarga kurang mampu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma kejuruteraan.

Naib Canselornya Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata keutamaan diberikan kepada pelajar yang pendapatan isi rumah keluarga mereka adalah bawah RM3,000 sebulan dan memenuhi syarat kelayakan minimum.

“Keutamaan juga diberikan kepada pelajar yatim, ibu bapa atau penjaga mereka berstatus orang kurang upaya atau berstatus tunggal,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pelajar boleh datang dengan membawa kad pengenalan, sijil SPM, slip gaji (pendapatan isi rumah keluarga mereka), kad OKU dan Kad Kebajikan Masyarakat (jika berkaitan).

Program pengambilan esok akan diadakan di Dewan Memas Alor Tampang, Padang Besar dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari jam 2.30 petang hingga 5 petang di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau.

Pada 5 Jun di ruang legar Perpustakaan UniMap Kangar, Tingkat 1, Bangunan KWSP Kangar dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan pada 6 Jun di tempat yang sama dari jam 9 pagi hingga 12.15 tengah hari.

Kamarudin berkata UniMap juga bercadang mengadakan program seumpama itu di lobi Kementerian Pendidikan di Putrajaya pada 12 dan 13 Jun sekiranya masih terdapat kekosongan tempat.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment