Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

Puerto Rico – Seorang wanita berusia 80 tahun mahu upacara pengebumiannya dilakukan dalam cara yang berbeza. Dia mahu mayatnya diletakkan di atas kerusi kegemarannya dan dipakaikan baju pengantin.

Memandangkan ia satu wasiat, maka anak-anaknya terpaksa menunaikannya.

Wanita itu, Georgina Chervony Lloren seolah-olah masih hidup dan diletakkan di atas pentas pada upacara pengebumian yang diadakan di rumah mayat Marin di San juan.

Selain itu dia juga mahu bunga-bunga segar diletakkan di sekelilingnya dengan baju pengantin yang dipakainya adalah daripada perkahwinan kedua, 32 tahun lalu.

Menurut anak perempuannya, Mirian Chervony, ibunya itu membayangkan keadaan berkenaan jika dia dibangkitkan.

Georgina meninggal dunia akibat penyakit tua.

Sumber: New York Daily New / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment