Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 25, 2014

No Comment
 
Seperti ibu bapa lain, pergacara dan pelakon Daphne Iking dan suaminya, Azmi, sedaya upaya memberikan kasih sayang juga pendidikan yang terbaik kepada kedua-dua anak mereka, Isobel Daniella, 6, dan Iman Daniella, 3. Bak kata pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Namun ada cakap-cakap nakal mengatakan yang pasangan suami isteri ini tidak pandai mendidik anak-anak mereka terutama dari segi memberikan pendidikan agama.

Bagaimanapun baru-baru ini Daphne ada memuat naik sekeping gambar anak sulungnya mendapat markah penuh dalam latihan jawi. Sebagai ibu, kata Daphne, dia tidak menyangka yang anaknya sudah boleh menulis jawi. Malah kebolehan anak sekecil itu cukup menyentuh perasaannya.

Tentang tomahan mereka suami isteri tidak pandai mendidik anak-anak, hal itu sikit pun tidak membuatkan dia berkecil hati atau terasa. Malah bekas pengacara proram Bella ini punya cara tersendiri cara untuk membesarkan anak-anaknya.

“Isobel adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama saya dan itu bukan urusan sesiapa pun. Ada ramai yang bertanya, dia sudah masuk Islam atau belum? Macam mana dia nak masuk Islam, sebab dia masih kecil lagi. Tapi yang pasti dia membesar di dalam sebuah rumah Islam, dengan cara kehidupan Islam.

“Kalau di rumah, pembantu rumah saya seorang yang pandai berbahasa Arab, jadi dia selalu ajar Isobel mengaji. Tapi kalau kami balik ke rumah ibu bapa saya di Sabah, nenek dia ada juga bawa die ke kelas bibble. Bagi saya, nanti bila dia sudah besar biarlah dia buat pilihan sendiri. Saya tidak memaksa dia.

“Tapi seperkara yang saya cukup bangga apabila dia sudah pandai menulis jawi. Bayangkan, ketika itu saya pulang dari kerja dalam keadaan yang sangat letih. Tapi bila dia tunjukan pada saya hasil tulisan jawinya, saya sangat terkejut, bangga dan tersentuh. Walaupun saya tak pandai baca tapi saya tengok tulisan dia cantik. Saya bersyukur sangat. Dalam hati saya berkata, “Ya Allah, saya dah buat sesuatu yang betul”, kongsi Daphne Iking kepada Malaysia Digest tentang gelagat anak-anaknya, ketika ditemui di Kompleks Kraf semalam.

Kongsi Daphne lagi baru-baru ini Isobel sekali lagi membuat dia hampir mengalirkan air mata.

“Saya tahu, mungkin saya sendiri kurang dari segi pengetahuan agama Islam tapi saya ada cara saya untuk didik anak-anak saya. Kalau dirumah, bila saya nak solat Isya’, saya panggil anak-anak saya duduk di sisi saya. Biar mereka lihat dan belajar perlahan-lahan.

“Satu lagi yang buat saya tersentuh, baru-baru ni Isobel beria-ria beritahu saya yang dia nak “duk”. Mulanya saya tak faham apa yang dia cuba cakapkan, tapi rupanya dia nak tunjuk pada saya yang dia sudah pandai berwuduk. Saya tidak tahu anda semua belajar tentang solah dan berwuduk seawal umur berapa. Tetapi saya kagum dengan anak saya. Dalam usia sekecil itu sekurang-kurangnya sudah pandai tulis jawi dan semakin belajar sedikit demi sedikit tentang kewajipan sebagai orang islam”, katanya.

Rancang Terbitkan Program Islamik

Menyentuh pula tentang kerjaya, Daphne memberitahu dia baru saja menamatkan kontrak bersama program Bella sejak kelmarin. Bertanyakan tentang keputusannya itu, Daphne mengakui ia satu keputusan yang berat apatah lagi seluruh kru program terbitan saluran NTV7 itu sudah seperti keluarga keduanya.

“Tiga tahun saya bersama ‘Bella’ Sebelum itu saya kendalikan program ‘Breakfast Show’. Saya memulakan kerjaya di media pada tahun 2001. Memang berat keputusan ini. Tapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya keluar dari zon selesa saya dan mencuba sesuatu yang baru.

“Sebenarnya masa saya dah emailkan berhenti tu, saya masih keliru. Tertanya-tanya juga, apalah yang saya nak buat selepas ini. Malah Keluarga dan kawan juga ramai bertanya kenapa saya mahu berhenti. Mereka ingat saya dapat tawaran lain. Saya kata pada mereka, tidak”, ujarnya.

Tambah Daphne selepas ini dia akan menumpukan perhatiannya pada syarikat produksi milik dia dan suaminya. Bahkan dia berhasrat mahu menerbitkan dokumentari dan program berbentuk Islamik, kelak.

“Saya teringin nak ada program sendiri, nak terbitkan program sendiri. Jadi menerusi syarikat produksi saya dan suami, perlahan-lahan kami nak terbitan beberapa program. Saya berhasrat nak terbitkan dokumentari dan program Islamik iaitu sebuah program berkonsep menerokai keindahan Islam.

Saya akui selama ini saya mungkin nampak daring. Tapi jauh di sudut hati, saya ingin sekali menerbitkan program berbentuk islamik”, katanya.

Sumber - Suara TV

0 comments:

Post a Comment