Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment
Filem yang telah mencetuskan fenomena seluruh dunia, Frozen telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan peminat animasi disamping terdapat unsur dan jalan cerita yang menarik dan menghiburkan.

Watak utama dalam animasi tersebut tidak lain lagi semestinya Princess Elsa. Difahamkan Princess Elsa sebenarnya telah menggunakan wajah milik seorang wanita yang cantik dan jelita!

Walaupun ia hanyalah persamaan yang hanya kebetulan, tetapi wajah gadis cantik ini telah mendapat perhatian meluas di dunia maya kerana wajahnya saling tidak tumpah seperti wajah dalam watak Princess Elsa.


Untuk info filem yang ditayangkan pada 2013 ini telah mendapat kutipan sebanyak RM101.12 juta dan telah menduduki carta teratas filem box office Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan anda, filem Frozen adalah antara filem terbaik yang pernah kami saksikan sepanjang bulan novembertahun lepas. Filem ini juga memaparkan watak yang sangat comel dan plot cerita yang menarik disamping kesan khas atau grafik yang sangat “cool” dan mampu membuatkan penonton terharu.

Sinopsis Filem Frozen


Frozen mengisahkan permaisuri Elsa yang tinggal di Arrendell memiliki kuasa magis iaitu ais. Turut bersama adalah watak Anna sebagai adik kepada permaisuri Elsa. Penonton akan diperkenalkan dengan watak Elsa dan Anna pada waktu kecil dan Elsa yang memiliki kuasa ais tanpa sengaja telah membuatkan adiknya Anna cedera ketika mereka bermain.

Anna disembuhkan oleh orang batu “Troll” dan ingatan Anna mengenai Elsa yang memiliki kuasa magis akan terhapus serta merta. Elsa terpaksa mengasingkan dirinya kerana dia tahu bahawa kuasa yang dimilikinya berbahaya kepada orang lain termasuk adiknya sendiri.

Setelah Elsa dewasa, dia ditabalkan sebagai Puteri dan menjemput beberapa orang penting dari pelbagai wilayah buat pertama kalinya ke kota Arrendell.

Anna pada ketika itu tanpa sengaja telah berjumpa dengan Putera Hans dan berhasrat untuk kahwin setelah kenal dalam tempoh sehari. Elsa tidak merestui hubungan tersebut kerana Anna dan Hans baru kenal sehari. Anna berasa marah dengan tindakan tersebut dan mempersoalkan tindakan kakaknya yang sering memulaukan dirinya.

Akibat daripada itu, Elsa tidak mampu mengawal kemarahannya dan menyebabkan kuasa luar biasanya menyelubungi kerajaan Arrendell dan dilitupi salji selamanya.

Elsa melarikan diri ke sebuah Gunung di mana dia telah membina sebuah istana ais sebagai tempat persembunyiannya. Cabaran bermula apabila Anna berusaha memujuk kakaknya untuk mengawal kuasa tersebut dan menghentikan segera musim sejuk yang melanda Arrendell.

Disepanjang perjalanan tersebut, turut diperkenalkan adalah watak Olaf (Orang Salji), Sven (Rusa Kutub) dan Kristoff.


Sumber: Harian Blogger

0 comments:

Post a Comment