Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment
PAPAN tanda Skybox Imaging di ibu pejabat di Mountain View, California. - Foto AFP
SAN FRANCISCO: Google hari ini mengaumumkan rancangan untuk membeli firma satelit, Skybox Imaging bernilai AS$500 juta bagi meningkatkan lagi pemetaan dan berapa perkhidmatan berkaitan data geografi. 

“Kami bersetuju untuk membeli Skybox Imaging, dan kami amat mengalu-alukan mereka untuk bersama-sama dengan Google,” kata Google dalam satu kenyataan. 

“Satelit mereka akan membantu pemetaan dengan tepat serta imej yang terkini. 

"Malah untuk jangka masa panjang, kami berharap pasukan Skybox dan teknologinya akan membantu meningkatkan akses internet dan bantuan bencana - sektor yang semakin lama menarik minat Google untuk menceburinya," kata kenyataan itu. 

Sementara itu, Skybox dalam posting blognya berkata, matlamat syarikat yang berusia lima tahun itu adalah untuk menawarkan satu 'revolusi akses maklumat dalam setiap perubahan di permukaan bumi'. 

“Kami sudah membina dan melancarkan satelit pencerapan imej resolusi tinggi yang terkecil di dunia yang mengumpul imej dan video yang cantik serta berguna setiap hari," katanya. 

Berita itu susulan pengumuman Google, dua bulan lalu mengenai rundingan pembeliau Titan Aerospace, syarikat pembuat pesawat kawalan menggunakan tenaga solar bagi meningkatkan lagi keupayaan ekses internet di kawasan terpencil.

Google juga sedang melaksanakan Projek Loon, iaitu penggunaan bola gergasi untuk memancarkan isyarat di kawasan yang tidak mempunyai penyambungan internet.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment