Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 17, 2014

No Comment

Huawei memperkenalkan peranti terbaru yang menggunakan cip pemprosesan lapan-teras daripada mereka, dikenali dengan kod namanya iaitu ‘Mulan’.

Huawei ‘Mulan’ membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080×1920 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 920 daripada Huawei, dan dijana menggunakan memori sebanyak 3GB RAM.

Untuk rakaman, peranti ini dikatakan akan membawakan kamera 13-megapixel.

Menariknya, pada bahagian bawah kamera, sebuah panel khas hadir, dan tidak diketahui apakah fungsinya. Mengikut spekulasi awal, ia dikatakan berkemungkinan besar akan berfungsi sebagai pengimbas cap jari – ala-ala pada HTC One Max.

Huawei dijangka akan mengumumkan telefon pintar Honor 6 ini pada 24 Jun kelak, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada tarikh tersebut.



Oleh: hzqahmd

0 comments:

Post a Comment