Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – : “Saya lihat seorang lelaki mengejar dan melepaskan lima das tembakan terhadap mangsa dan isterinya sehingga mereka terjatuh,” kata penjaga tokong, Lim Sok Yee, 37, yang memberi keterangan dalam perbicaraan hari pertama, kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia (AmBank) Hussain Ahmad Najadi.

Lim berkata, pada 29 Julai 2013, Hussain dan isterinya Cheong Mei Kuen, 49, datang ke Tokong Kuan Yin untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama dia dan kakaknya serta individu bernama Datuk Richard Morrais berhubung hartanah.

“Dalam pertemuan itu, Richard memaklumkan bahawa pihak kami (Tokong Kuan Yin) perlu membayar RM300,000 kepada dua individu. Ia bagaimanapun dibantah oleh Hussein kerana wang itu milik Tokong Kuan Yin. Hussain tidak mempunyai kepentingan tetapi dia datang untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Sepanjang pertemuan itu, saya lihat ada seorang lelaki tidak dikenali mundar-mandir di luar bangunan.

“Selepas selesai pertemuan, Hussain dan Cheong beredar dan menuju ke arah kereta mereka. Saya berada di pintu tokong melihat lelaki itu menembak Cheong dari arah belakang. Apabila Cheong rebah, Hussain pula berpaling dan dia juga ditembak. Saya lihat lelaki itu membuat sesuatu pada pistolnya sebelum melepaskan beberapa das tembakan lagi,” katanya yang sesekali dilihat mengelap air matanya.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, sama ada lelaki yang dimaksudkan itu berada di dalam mahkamah, Lim menjawab ya dan mengatakan ia adalah lelaki yang berada di dalam kandang tertuduh serta memakai baju berwarna putih.

Lim yang juga saksi pendakwaan keempat memberi keterangan di dalam perbicaraan kes seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan, 44, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin No 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi, dekat sini, jam 1.30 tengah hari hingga 2 petang, 29 Julai 2013.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sumber: HM Online

0 comments:

Post a Comment