Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment

GEORGETOWN: Segalanya berpunca daripada perebutan teman wanita hingga membawa kepada tindakan melampau dua lelaki yang membaling bom molotov koktel terhadap sepasang suami isteri dalam satu kejadian di Taman Pinggiran Alma, Bukit Mertajam, dekat sini, awal pagi minggu lalu.

Akibatnya, pasangan suami isteri terbabit dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana parah berikutan melecur di tangan serta muka.

Bagaimanapun, selepas seminggu bertarung nyawa, si suami yang berusia 47 tahun meninggal dunia pada jam 2.30 pagi semalam akibat kecederaan dialaminya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara anak mangsa dan rakannya kerana berebutkan teman wanita.

Beliau berkata, rakan anak mangsa yang tidak berpuas hati mengajak seorang lelaki lain pergi ke rumah mangsa untuk membalas dendam dan mereka melontarkan bom buatan sendiri.

“Pasangan suami isteri itu berada di dalam rumah sebelum dua lelaki memakai topi keledar masuk ke dalam kediaman itu dan membaling sesuatu yang kemudiannya meletup serta bakar sebelum mengenai kedua-dua mangsa.

“Mereka berdua melecur teruk di muka serta tangan dan beberapa anggota badan dengan si suami dalam keadaan separuh sedar manakala si isteri masih boleh bercakap,” katanya.

Sumber: HM Online

0 comments:

Post a Comment