Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment

KUANTAN – Hanya dalam tempoh setahun, kerajaan negeri Pahang berjaya melaksanakan pembinaan lebih 88 peratus daripada 15,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Umum ke-13.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata 15,000 unit rumah PR1MA itu dijanjikan untuk dibina dalam tempoh lima tahun, 2014 hingga 2018.

“Namun, hanya dalam tempoh setahun selepas PRU, sebanyak 13,257 unit atau kira-kira 88 peratus daripada sasaran telah bermula serta dalam pelbagai peringkat pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Anugerah Belia Negara peringkat Pahang di sini, malam tadi.

Katanya, kesemua unit rumah itu dibina hampir di seluruh daerah di Pahang merangkumi 29 kawasan dengan keluasan 669 hektar.

Dalam perkembangan lain, Adnan berkata enam janji kerajaan negeri terhadap golongan belia dalam manifesto Barisan Nasional pada PRU13 sedang dalam usaha pelaksanaan.

Beliau berkata malah kebanyakan apa yang dijanjikan sebelum ini telah pun ada dan hanya memerlukan kerja menaik taraf.

“Antara janji kerajaan negeri ialah untuk menyalurkan bantuan pengurusan kepada persatuan belia, menambah baik dan melengkapkan semua gelanggang futsal, menyediakan premis perniagaan khusus, memperkasa capaian ekonomi graduan anak Pahang dan bercadang mewujudkan Tabung Amanah Usahawan Muda bernilai RM5 juta.

Katanya, golongan belia sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan kerana sedar golongan itu amat penting untuk membangunkan negara dan merupakan bakal pemimpin pada masa akan datang.

“Masa depan negara terletak kepada belia yang ada hari ini dan dianggarkan negara mempunyai 13.6 juta orang iaitu membentuk kira-kira 49 peratus daripada jumlah keseluruhan 28 juta penduduk negara pada masa kini,” katanya.

Anugerah Belia Negara peringkat Pahang yang diadakan itu menawarkan sembilan anugerah iaitu bagi Kategori Daya Juang dianugerahkan kepada Ahmad Kazamirul Nasruddin dan Ismail Abu manakala Kesukarelaan, penerima Azril Ramli.

Bagi Anugerah Ikon Belia penerima Ustaz Badlishah Alauddin, Perdana Belia Negara (wanita) (Norlisa Khalimi), Perdana Belia (lelaki) (Khairul Irwan Khalek).

Tokoh Jasa Belia wanita pula disandang oleh Datuk Mahadiah Mohamad, Tokoh Jasa Belia (lelaki) (Mahadi Daud), naib johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia (Persatuan Belia Kampung Ibam) dan johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia (Persatuan Belia 1 Pelangai).

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment