Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment
Bekas suami sering menggunakan pelbagai taktik untuk melarikan diri daripada membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak. (gambar hiasan)
PETALING JAYA: Mendakwa muflis serta marah kerana tidak dapat melawat anak antara punca bekas suami enggan membayar nafkah kepada janda dan zuriat mereka.

Malahan, lelaki tidak bertanggungjawab ini mengelak membayar nafkah walaupun hakikatnya memiliki harta termasuk kereta dan rumah mewah.

Jika senario ini berlarutan, tentu kes tuntutan nafkah tertunggak yang mencatatkan peningkatan sejak dua tahun lalu tidak dapat diselesaikan.

Mengikut statistik Jabatan Kehakiman Syariah, Selangor mencatatkan jumlah kes tuntutan nafkah tertunggak tertinggi iaitu 500 sejak 2008 dan 207 kes untuk tahun lalu sahaja, manakala Sabah (186) dan Wilayah Persekutuan serta Johor yang masing-masing mencatatkan 171 dan 142 kes untuk tempoh lima tahun.

Zaidi Mohd Zin.
Perunding Keluarga Islam, Datuk Zaidi Mohd Zin berkata, bekas suami sering memberi alasan tidak munasabah untuk mengelak daripada membayar nafkah.

"Ada bekas suami yang tidak dapat jumpa anak terus tidak mahu bayar nafkah dan alasan ini tidak masuk akal kerana mengikut hukum syarak tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan selepas berlaku penceraian.

"Begitu juga dengan yang memiliki kekayaan tetapi masih cuba melarikan diri daripada membayar nafkah, malah ada yang mengakui diri muflis," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Sehubungan itu, katanya, bekas isteri bijak mengumpul maklumat untuk membuktikan bekas suami mempunyai kewangan kukuh dan seterusnya membuat tuntutan nafkah di mahkamah.

"Bekas suami akan dikenakan perintah penguatkuasaan, jika mempunyai harta atau aset seperti rumah, tanah dan bangunan ia boleh disita oleh pihak mahkamah.

"Harta ini akan dijual dan wang daripada hasil penjualan aset berkenaan akan digunakan untuk membayar jumlah tunggakan nafkah anak dan bekas isteri," katanya.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment