Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 17, 2014

No Comment
Gambar hiasan
Baru dua hari lepas SiakapKeli.com ada menyiarkan berita Murid Tahun Satu Maut Dilanggar Bas (Klik). Lagi semalam ada pula seorang pelajar juga tahun satu pula dilanggar kereta. Ikuti berita dari BERNAMA ini. - SiakapKeli.com

SANDAKAN – Seorang murid tahun satu mengalami cedera parah selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintasi jalan raya di hadapan sekolahnya di Jalan Cecily Utara Batu 4 dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Zul Hakeem Hamsah, 7, belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sung Siew.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, mangsa mengalami patah kaki kanan dan masih menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Rowell berkata, pemandu kereta berkenaan sudah tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan itu.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu turut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insektor Zabir Aripin di talian 08-9212222 (sambungan 254).

Sumber: BERNAMA

0 comments:

Post a Comment