Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

48 comments
Peminat Anggap Panggilan Hangit HOT FM Kepada Isteri Norfarhan Melampau | Biasa dengar panggilan hangit HOT FM? Siapa yang tak suka bila mendengar panggilan hangit yang sering ke udara menerusi radio HOT FM. Walaupun bersifat suka-suka namun panggilan hangit ini kadangkala agak kurang disenangi juga.


Contoh terkini ialah panggilan hangit HOT FM keatas isteri pemain bolasepak Terengganu, Norfarhan Mohammad yang agak kurang disenangi peminat dengan menganggapnya melampau dan kurang ajar. Panggilan bermula apabila seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Lina mengadu kepada isteri Norfarhan (kak Su) kononnya dia telah 2 minggu dihamilkan oleh Norfarhan. Malangnya si pengadu berkata, Norfarhan enggan bertanggungjawab. Isteri Norfarhan dilihat tenang menjawab panggilan Lina sambil mempelawa Lina membuat pemeriksaan di klinik. Dalam pada itu, kak Su turut mengajak Lina berjumpa dengannya.


Sementara mereka sedang berbincang, datang pula abang Lina yang kononnya sedang marah kepada Paan sambil mengamuk sakan. Di akhir panggilan hangit tersebut, abang Lina berkata yang "Rafli" telah mengenakanya sambil mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Kak Su. Komen peminat mengatakan isteri Norfarhan sememangnya seorang wanita yang penyabar serta mampu menghadapi tekanan. Namun mereka juga menyatakan panggilan seperti itu tidak perlu dilakukan HOT FM kerana menurut mereka bergurau perlu ada batasnya. Saksikan video tersebut dibawah.


Sumber: kezoom.blogspot.com

48 comments:

  1. Respect Kak Su ni...terbaik...!!!

    ReplyDelete
  2. Jgn la rancangan ni menjadi gurauan yg konon nya kecil tapi impaknya adalah besat.....lagipon ia d larang oleh ALLAH serta RASUL......

    ReplyDelete
  3. Soal bersekedudukan, berzina, berlaku curang, terlanjur... memang dah boleh buat lawak ker?

    ReplyDelete
  4. bodo nk mamposs punye lwk tp xde lwk pon! puii

    ReplyDelete
  5. tk de moral civic ke ape hot FM ni. dari dulu memang menyampah dengar. budaya tk bertamadun, macam mana melayu nk maju akal duk layan radio bangang.

    ReplyDelete
  6. nak kene kan org pon berpada lah..nasib kene dkt kak su yg penyabar..kalau kene saman hot fm ni? menyusahkan syarikat je.... -_-

    ReplyDelete
  7. mane boleh bawak bergurau kawan bab maruah dan harga diri ni...lagi2 bab berzina,,, tu dh bole dianggap fitnah... menuduh zina... bole kene qadzaf DJ radio tu... sebat 80 kali...

    ReplyDelete
  8. Tidak semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan walaupun ianya tidak benar sama sekali. nseb baik kak su tu cool je..cube kalo dia keluarkan kata2 kasar n kesat mase tu..x pasal2 dapat dosa kering, org yg mengenakan tu pun turut tanggung dosa sama...
    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  9. Kelakar mmg kelakar, tapi benda2 sebegini tidak pernah digalakkan dalam islam. Pihak hot fm jangan la pulak cop orang yang tak setuju ni tak sporting.

    ReplyDelete
  10. Masaalahnya bkn org hot fm saje2 nk buat tp diminta oleh org terdekat dgn mangsa seperti kwn2, sedara mara atau adik bradik.... Tu yg perlu kita fikir dulu. Klu hot fm yg saje2 nk buat dh lama dh dj2 tu kene hentam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah...tp kan boleh menolak, x payah buat, bukan terima je apa yg org suruh buat...bab2 agama jgn nk main2!!!

      Delete
  11. tu laa org melayu ni masih lemah akal sbb stesen2 radio mcm ni masih wujud! lepas tu buat lawak tergeliat2 atas pentas....ramai follower plak tuh...sigh....

    ReplyDelete
  12. Menuduh orang berzina tu dosa besar

    ReplyDelete
  13. kalau aku...mmg kna babi dh dj tu

    ReplyDelete
  14. aku lg suke dgr era je dr hot fm yg kuat merapu

    ReplyDelete
  15. Bab bersekedudukan pulak dilawak2kan!.. wth

    sihatgojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Kurang penerapan agama dari sejak kecil menyebabkan ramai generasi sekarang jahil dalam memilih hak dan Batil..sekian

    ReplyDelete
  17. gila punya social media. so kalau lepas ni anak muda buat memain je terlajur zina romen bagai, ni la salah satu punca. baghal sangat. yaAllah, bodoh takleh bendung. apa takde maruah ke perempuan yg ckp terlajur tu? dah biasa sgt? k nak sangat? demi Allah, iini tak lawak. bodoh.

    ReplyDelete
  18. Lawak² jgk...tp biarlah ada batasnya supaya kesannya tidak menjadi sebaliknya

    ReplyDelete
  19. hotfm memang dah jadi hangat hangat tahi ayam.. dah takde modal la tu.. dengar si tomboy macam suara radio rosak.. si AG dj perasan kool... mai pakat ramai rami dengar JOHARA, lagi meletup

    ReplyDelete
  20. Belum kena buku dengan ruas, mungkin krew HOT FM tak pandai nak bergurau hinggakan dengan cara mengenakan seseorang dan mengaibkan seseorang (bila Kak Su melenting dan naik angin) dan mendapat deraian tawa ria dari ribuan pendengar dianggap sebagai gurauan yang menghiburkan. Jangan anggap semua orang berhati hitam dan kering hingga boleh terima suatu fitnah yang melampau. Bagaimana kalau gurauan tersebut menyebabkan seseorang itu boleh mengambil tindakan yang terburu-buru seperti bergaduh, bercerai berai, membunuh, membunuh diri dan sebagainya? Apakah nanti hanya disalahkan orang yang membuat permintaan untuk mengenakan seseorang kah? Sepatutnya DJ HOT FM lebih peka dengan apa yang mereka siarkan, bahan yang mereka paparkan, gaya mereka bercakap, cara mereka menyampaikan sesuatu. Kalau setakat merapu-rapu dan ketawa mengilai ngilai untuk dijadikan contoh kepada generasi muda, lebih baik hentikan. nanti suatu hari nanti pengakuan terlanjur dan tidak bertanggungjawab ni akan jadi ikutan. lawak yang mereka buat ini pun jadi ikutan.

    ReplyDelete
  21. APE LA GURAUAN MACAM NI, KOK YA PUNG NAK GURAW CARI LA IDEA YG BAGUS SIKIT, MUJURLAH AKAK SUE NI JENIS COOL

    ReplyDelete
  22. hot fm ni dh nk mampos agaknya...menatang mcm ni nk bw main2 x takot agame ke...bodoh bertingkat2 sape yg punya odea mcm ni...

    ReplyDelete
  23. semua benda ada batas, kalau maruah, harga diri, agama, hukum hakam buat modal lawak, tu dah melampau dah. ini dah kira bergurau kasar. menuduh zina, dah kira boleh jatuh hukum dah, tak kira la melawak atau serius, fikir fikir la hot fm, tak semua audience terima perkara macam ni. nak sampai semua orang boikot station korang ke?

    ReplyDelete
  24. Wow.. Sapa punya idea bodoh gile ni.. Punya banyak benda boleh dibuat gurau.. Tp zina juga yg korang pilih.. Nape x gurau2 pasal cabury je..

    ReplyDelete
  25. Kalau macam ni yang ditunjukkan oleh DJ Melayu dan berugama Islam.......... baik istighfar dan bertaubat cepat. Takut masa mengenakan orng tu @ fitnah orang tu tetiba mati.... Na'uzubillah.... Lagi satu.... yang luar Islam tu dok ketawa terbahak-bahak sebab kelakuan mereka sebijik macam bangsa Azazil. Hormati sesama agama... Hormati maruah mereka. Anda akan terasa marah bercampur malu jika ada orang kata mak anda berzina dengan orang lain. Bapa anda meliwat lelaki lain. Kalau anda tak marah... Hebat..... Mungkin dah biasa kot. Ambil iktibar daripada. Insaflah. Kita bukan hidup cuma di dunia ni saja. Ada perhitungan nanti di akhirat. Kalau mangsa anda tidak mahu memaafkan anda, bagaimana? Cuba kira berapa ramai mangsa yang telah anda fitnah? Sabda Rasul dan dalam Al-Quran menyebut,"memfitnah itu lebih dhsyat dari membunuh." Berapa bnyk dos yng telah anda tanggung. Berapa ramai yang telah anda singgung? Berkatkah rezeki anda hidup dengan cara ini? Rezeki yang anda berikan pada anak anda? Berkatkah hidup anda?

    ReplyDelete
  26. Bangang punya panggilan Hangit HOT FM nih.. aku dari dulu lagi tak berkenan dengan cara rancangan ini di kendalikan. Faizal Ismail pengacara rancangan ini perlu melihat kembali hala tuju apa motif sebenar nya untuk disampaikan pada pendengar.. kalau dah menyentuh hal peribadi seseorang dengan memberitahu di on air kepada pendengar apa cerita?.. perkara menjatuhkan maruah seseorang boleh main main kah.. ? walau pun ianya hanya gurauan.. nampak sangat kebodohan yang di paparkan.

    ReplyDelete
  27. Astagfirullahalazim.... Minta penerbit Hot FM ubah rancangan ni.... Sya mmg x suka dengar Hot FM... Radio IKIM lagi baik....

    ReplyDelete
  28. HARAM kenakan orang lain walaupun niat sekadar bergurau. HARAP HOT FM MENGHENTIKAN PANGGILAN HANGIT JIKA MENGHORMATI BATASAN AGAMA ISLAM.

    ReplyDelete
  29. RASANYA ADA DLM KALANGAN MEREKA NI MINAT KAT FARHAN TU SAMPAI BERIMAGINASI MENGANDUNGKAN ANAK FARHAN...GILA LAH...

    ReplyDelete
  30. Xminat lgsung dgr hotfm....panggilan hanggit banggang....!! Xde idea menarik letew....

    ReplyDelete
  31. Jenaka memang boleh tapi kalau dah melampau hingga mempersendahkan maruah orang lain itu dah kira keterlaluan.taubat la.

    ReplyDelete
  32. Masyaallah......boleh bergurau - tak salah.....tapi cari la topik lain. Jgn tunjuk bodoh bangang tak bertempat!

    ReplyDelete
  33. try wt kt bini dj yg kj kt ctu tu tgk..dy melenting ke x?xdk nilai sivik lgsg...tau la nk lawak pun...benda bleh pikir la.......jgn nk kjr rating sgt doh....

    ReplyDelete
  34. Itu bukan panggilan hangit...
    itu fitnah namanya...
    Sepatutnya Hot FM & Rafli kena mintak maaf semula kepada Norfarhan.

    Tujuan nak bergurau tapi tanpa disedari mereka dah mengaibkan orang lain...
    jangan aibkan orang lain, ini soal Maruah beb...

    Firman Allah dalam
    Surah Al-Hujuraat: Ayat 12
    Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

    ReplyDelete
  35. inilah akibatnya bila manusia semakin jahil!! bab zina, bersekedudukan dijadikn mainan/gurauan...byangkn kalau kak su terus letak telefon tanpa mnghabiskn perbualan dan terus mnyerang suaminya...aduhh!! ke manalah pergi otak org2 yg mngaku Islam skrg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya rase mereka biasa buat benda terkutuk tu agaknya.macam biasa je!

      Delete
  36. “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.”

    [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

    ReplyDelete
  37. Dalam islam perkara-perkara macam ni dilarang sama sekali.... buat la lawak ke hape ke tapi tidak menyentuh perkara yang dilarang seperti ini

    ReplyDelete
  38. adakah blogger untuk artikel ini telah menggunakan app men'sensored terbaru ?? yg seperti dihebohkan sekarang??..nak link d/load app tu please!!

    ReplyDelete
  39. Bagi saya rancangan Panggilan Hangit ni tak ada faedahnya langsung.Lebih kepada menjatuhkan maruah orang.Carilah rancangan lain yang dapat memberi manfaat kepada manusia

    ReplyDelete
  40. 'patutnya saya yang lagi marah. kenapa abang yang lagi marah dari saya?'

    perghh gler respect dia ni!! seyes untung dpt orang dia as a wife..

    bangang laa dorg ni!! seyes bangang gler! nak buat lawak pon agak2 laa..jgn laa melampau sgt..pe truk sgt dorg ni?? otak xde ke?? benda ni bley smp buat runtuh rumah tangga 2..seyes xle go!!

    ReplyDelete