Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

No Comment
PENDUDUK kampung pedalaman menggunakan kereta api 
untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

Gua Musang: Keputusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menutup landasan sektor Gemas-Gua Musang pada 27 Jun ini mengundang keresahan pengguna setia perkhidmatan itu.

Kebanyakan mereka sudah sekian lama bergantung kepada kemudahan itu yang dianggap pengangkutan selamat dan murah.

Rata-rata penumpang yang ditemui terkejut dan terkilan dengan keputusan itu yang dikatakan bertujuan menjaga keselamatan untuk kerja baik pulih.

Seorang penumpang, Ramly Husin, 59, berkata ia bakal membebankan mereka kerana kebanyakan penduduk tinggal di tepi landasan dan menggunakan perkhidmatan kereta api untuk bergerak.

Katanya, penduduk bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan itu yang menjimatkan perbelanjaan selain selesa ke destinasi dituju sama ada jauh atau dekat.

“Saya kesal dengan keputusan itu kerana kami di sini selalu menggunakan perkhidmatan kereta api kerana ia murah dan selesa.

“Saya berpendapat perkhidmatan kereta api di pantai timur boleh lumpuh kerana sebelum ini ramai penumpang dari Kelantan dan Pahang menggunakannya untuk ke Kuala Lumpur dan Johor,” katanya.

Katanya, ia bukan saja menjejaskan penumpang malah juga aktiviti ekonomi setempat penduduk tempatan.

“Ini pasti merugikan penduduk yang memasarkan hasil pertanian mereka menggunakan perkhidmatan kereta api,” katanya.

Keputusan penutupan itu dicapai oleh KTMB dan SPAD baru-baru ini, yang meninjau tahap keselamatan di 11 lokasi landasan berkenaan, antara yang tertua di Malaysia dan kali terakhir dinaik taraf pada 1981.

Susulan itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTMB) menuntut SPAD memberi penjelasan mengenai arahan penutupan sektor Gemas-Gua Musang.

Seorang lagi penumpang, Suhaimi Harun, 46, berkata, paling menyukarkan ketika musim perayaan kerana ramai penduduk Kelantan berpusu-pusu pulang ke kampung.

Katanya, dia tidak bersetuju dengan penutupan itu yang dianggap dilakukan tergesa-gesa tanpa memikirkan masa sesuai terutama ketika umat Islam mahu menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

“Ia menyukarkan ramai rakyat Kelantan pulang ke kampung kerana pengangkutan lain mungkin tidak dapat menampung jumlah penumpang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar ketika dihubungi, memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu hari ini.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment