Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menamatkan spekulasi dengan mengumumkan anggota Kabinet baru pada sidang media khas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Semua pemimpin utama MCA dan Gerakan kembali ke dalam kerajaan.

Beberapa nama yang disebut-sebut akan digugurkan nampaknya mengekalkan status quo mereka.

Pastinya mereka menarik nafas lega kerana berpeluang meneruskan tugas seperti biasa.

Akibat daripada khabar angin kononnya ada menteri atau timbalan menteri akan digugurkan, khabarnya ada antara mereka menangguhkan acara rasmi semalam semata-mata mahu menunggu sehingga selesai pengumuman oleh Perdana Menteri.

Mana tahu kalau-kalau nama mereka disebut sebagai antara yang digugurkan.

Tapi semua spekulasi itu tidak berlaku sebaliknya Najib menambah bilangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjadikan bilangan Menteri sebanyak 33 orang - yang terbesar dalam sejarah.

“Pada mulanya saya tidak bercadang untuk wujudkan saiz Kabinet sebegini besar tetapi tidak dapat dielakkan berikutan keadaan luar jangkaan yang berlaku,” kata beliau.

Bagaimanapun sambil berseloroh beliau berkata: “Tapi dalam masa sama tiada siapa yang mahu menawarkan diri untuk berundur.” Apa pun, apa yang beliau harapkan daripada Jemaah Menteri yang ramai ialah kerajaan akan dapat membuat keputusan dengan pelaksanaan yang lebih bermakna.

“Saya sedar saiz lebih besar, tapi keadaan tak dapat dielakkan kerana keadaan di luar jangkaan,” kata beliau.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Anggota kabinet yang baru ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut dilantik ialah tiga Naib Presiden MCA Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Majlis istiadat mengangkat sumpah akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara pada jam 11.30 pagi esok.

Sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai prerogatif melantik anggota Kabinet mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berhak melantik atau menggantikan atau menamatkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri pada bila-bila masa jika diperlukan.

Jadi seeloknya, jauhkan spekulasi kerana beliau boleh mengubahnya berdasarkan pertimbangannya sendiri.

Kerana itu beliau mengingatkan bahawa Kabinet yang ada tidak mungkin kekal kerana ia boleh digantikan sekiranya keadaan memerlukan.

“Kabinet sekarang baru ditubuhkan setahun lebih sikit.

Kena beri peluang kepada mereka untuk menunjukkan prestasi tetapi saya akan kaji semula apabila tiba masanya kelak,” katanya.

Yang penting sekarang semua yang dilantik mestilah mengambil perhatian serius peringatan Perdana Menteri selaku bos mereka bahawa tugas mesti dilaksanakan dengan memahami polisi kerajaan.

“Walaupun kita wakil parti dan etnik tapi kena ingatkan bahawa kita wakil dan secara kolektif sebagai wakil Barisan Nasional (BN) yang mewakili semua komuniti,” tegas beliau.

Agihan tugas akan dilakukan dengan teliti termasuk berkaitan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Kaum India yang dipengerusikannya sendiri demi menjaga kepentingan kaum itu.


Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment