Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

Kulim: Seorang lelaki yang mahu membuang air kecil di kawasan semak berhampiran tangki air Syarikat Air Darul Aman (SADA) terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dipercayai warga asing yang dibunuh dalam kejadian di Jalan Hi-Tech 8, Taman Kulim Hi-Tech, Kulim, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang, mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui masih memakai kemeja-T berwarna biru muda serta seluar berwarna hijau dipercayai ditikam menggunakan tiga senjata tajam yang berbeza, manakala kedua-dua tangan diikat ke belakang badan dengan sebelah tangan kiri masih memakai sarung tangan. 

Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak di kawasan berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh orang awam yang ingin membuang air kecil di kawasan semak di jalan berkenaan.

Beliau berkata, saksi terbabit terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tepi lorong masuk ke kawasan tangki air SADA.

Katanya, lelaki terbabit kemudian menghubungi anggota di Balai Polis Kulim Hi-Tech untuk memaklumkan kejadian berkenaan. 

“Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian lalu menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai warga asing dalam keadaan terbaring dengan keadaan tangan mangsa diikat ke belakang serta badan mangsa berlumuran darah,” katanya. 

Kenderaan polis membawa mayat seorang warga asing yang dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di Jalan Hi-Tech 8, Taman Kulim Hi-Tech, Kulim, petang kelmarin.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment