Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

Gambar Hiasan

Bukit Kayu Hitam: “Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mengenal pasti sebahagian daripada 15 anggota militan yang terbunuh dalam pertempuran di Syria adalah rakyat negara ini,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Syria bagi mendapatkan maklumat berkaitan dalam usaha mengenal pasti identiti mereka sama ada rakyat negara ini atau sebaliknya.

“Kita sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Syria.

Setakat ini kita mengesahkan identiti sebahagian daripada mereka (militan terbunuh) sebagai rakyat Malaysia dan kita sedang dalam proses mengenal pasti mangsa yang lain.

“Kita sudah mengenalpasti sebahagian daripada 15 anggota militan yang terbunuh adalah rakyat negara ini yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL), kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda, sudah terbunuh di Syria,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Unit Risikan Sempadan (URS) Pangkalan Utara Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim, Ketua Polis Wilayah 9 Songkhla Thailand Pisit Pisuthsak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar.

Kelmarin, sebuah portal berita melaporkan Wisma Putra mendedahkan ada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terbabit dengan aktiviti jihad kumpulan militan ISIL yang berpecah daripada Al-Qaeda.

Dalam laporan itu juga menyebut, Kementerian Luar dalam satu kenyataannya juga mengesahkan dakwaan dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun lalu.

Sementara itu, Khalid berkata, kebanyakan anggota militan yang dipercayai pergi ke Syria melalui negara ketiga menyebabkan usaha mengesan mereka menjadi kesukaran.

“Kebanyakan mereka tidak pergi terus ke Syria, tetapi dari mana mana-mana negara ketiga atau keempat.

Jika mereka terus pergi dari negara ini ke Syria mudah untuk kita kesan.

Polis akan pantau segala bentuk dan aktiviti yang berkaitan dengan militan ini yang kebanyakannya mensasarkan golongan muda.

“Polis berusaha untuk mengekang kegiatan yang terbabit dengan militan lebih mudah dilakukan di negara ini dengan menangkap individu terbabit yang didapati melatih dan menerima latihan militan,” katanya.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment