Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

Gambar Hiasan

Rembau: “Saya berkejar ke arah ayah dan mendapati dia tersandar di pokok dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala muka dan badannya membengkak teruk.

“Saya terus membuka baju lalu cuba menutup muka ayah bagi mengelak sengatan lebih banyak dan menariknya ke anak sungai, namun usaha itu gagal apabila arwah semakin lemah dan nadinya terhenti.” 

Demikian kata Shahrani Hashim, 38, menceritakan detik bapanya Hashim Ibrahim, 78, maut disengat ratusan lebah ketika membersihkan dusun duriannya di Kampung Pabai, Miku, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam. 

Difahamkan, mangsa yang menetap di Kampung Anak Air, Nerasau, Chengkau, di sini, keluar seorang diri ke dusun berkenaan pada kira-kira jam 8.30 pagi sebelum diikuti Shahrani dan cucu Amirul Ashraf Fadhil, 19.

Menurut Shahrani, ketika kejadian dia berada kira-kira 100 meter dari mangsa kerana sedang memungut buah durian yang gugur sebelum anak saudaranya berlari memberitahu arwah disengat lebah.

“Sehari sebelum kejadian, arwah ada memberitahu mahu membersihkan dusunnya bagi memudahkan kerja mengutip durian untuk dijual kepada peraih,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tampin, petang semalam. 

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment