Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 25, 2014

No Comment

BANNU – Seorang penumpang wanita terkorban dan dua anggota kru tercedera apabila pesawat Pakistan International Airlines (PIA) dengan 170 penumpang ditembak ketika ia sedang mendarat di Lapangan Terbang Peshawar.

Jurucakap PIA, Mashud Tajwar berkata, kejadian lewat semalam itu membabitkan pesawat yang dalam penerbangan dari Riyadh, Arab Saudi.

Pihak berkuasa berkata, pesawat itu mendarat dengan selamat dan berjaya mengelakkan beberapa das tembakan daripada penyerang ketika ia berada kira-kira 1,500 meter dari landasan.

“Tembakan dilepaskan dari luar lapangan terbang dan seorang penumpang wanita serta dua pramugara cedera. Wanita itu kemudian meninggal dunia di hospital,” kata Mashud.

Polis mengepung kawasan di luar lapangan terbang itu dan melancarkan gerakan mencari mereka yang bertanggungjawab.

Pegawai polis, Najeeb Ur Rehman berkata, pihaknya menghargai sikap juruterbang yang tenang ketika kejadian dan mampu mengemudikan pesawat itu mendarat dengan selamat.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab bagi serangan itu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan di Peshawar ditutup sementara.

Serangan itu adalah yang kedua oleh militan di lapangan terbang Pakistan dalam tempoh beberapa minggu, berikutan kejadian berdarah di bandar raya pelabuhan Karachi.

Kejadian di Peshawar itu berlaku hanya beberapa jam selepas tiga orang terbunuh dalam pengeboman bunuh diri di utara Waziristan. 

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment