Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment
Kapal Pengawal Pantai China 46001 (kiri), mengejar sebuah kapal Vietnam berhampiran
pelantar minyak China di kawasan yang menjadi rebutan di Laut China Selatan 1 Jun lalu
BEIJING: China menuduh Vietnam merempuh kapalnya lebih 1,000 kali di kawasan menjadi rebutan di Laut China Selatan dan berkata walaupun mahu berbaik dengan negara jiran di selatan itu, ia tidak akan meninggalkan prinsip untuk mencapai matlamatnya.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan sejak beberapa tahunlalu membuat pelbagai langkah menguatkan tuntutannya, meningkatkan ketegangan terutama dengan Vietnam dan Filipina.

Kapal nelayan Vietnam karam pada 26 Mei lalu dalam konfrontasi tidak jauh daripada lokasi China menunda pelantar minyak, diikuti kepungan kapal China, 240 kilometer dari Vietnam.

Kedua-dua pihak saling menuduh berhubung kejadian itu dan minggu lalu, televisyen Vietnam menyiarkan video menunjukkan kapal besar China mengejar dua kapal nelayan kecil Vietnam, bertembung dengan bot nelayan Vietnam yang kemudian karam.

Paling serius

Perbalahan itu adalah antara hubungan buruk paling serius antara kedua-dua negara komunis dan musuh tradisi itu sejak perang singkat pada 1979 berikutan pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment