Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment

KOTA BHARU-  Seorang warga Nepal parah di kepala akibat dipukul rakannya yang dipercayai mabuk menggunakan penukul besi dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam.

Kejadian itu disedari jiran mangsa selepas terdengar sesuatu yang pelik sebelum bertindak menghubungi pihak polis pada jam 10.30 pagi.

Akibat pukulan itu, mangsa berusia 20-an dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, oleh majikannya sementara rakannya yang juga berumur 20-an ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, dua sahabat itu menghuni rumah sewa berkenaan dan bekerja di sebuah kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, dekat sini, sejak dua tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua sahabat berkenaan berada dalam keadaan mabuk, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Suspek ditahan di rumah berkenaan sebaik saja polis menerima laporan yang dibuat oleh jiran mereka.

“Dia kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata atau alat berbahaya,” katanya.

Sumber: HM Online

0 comments:

Post a Comment