Sebaik sahaja pelakon, Zarina Anjoulie Lavocah mencetuskan kontroversi
melibatkan dirinya dengan penyanyi, Aliff Aziz di laman sosial twitter,
penyanyi yang berasal dari Singapura itu akui hubungan mereka sudah pun
terputus.
Malah Aliff Aziz berkata tiada apa lagi yang boleh diulas tentang hubungannya dengan Zarina kerana ianya sudah lama berakhir.
“Selepas kejadian saya pun tidak lagi berjumpa dan berhubung dengannya. Saya rasa tiada apa lagi yang boleh diulaskan.
“Cukuplah. saya anggap isu ini sudah berakhir dan rasanya kontroversi
yang tercetus itu adalah publisiti murahan sahaja,” katanya selepas
pelancaran albumnya berjudul Aliff Aziz.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-Sayang ini berkata apa yang
berlaku dianggap rencah dalam hidupnya yang sudah bergelar penyanyi
selama lima tahun di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia Sdn
Bhd.
“Saya kini lebih matang dan berhati-hati untuk menempuh hari-hari
seterusnya sebagai seorang penyanyi yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.
“Lagipun kontroversi sebegini tidak membantu kerjaya pun dan saya tidak
akan membiarkan orang lain untuk cuba menjatuhkan karier saya,” jelasnya
yang baru keluar dengan single Jangan Ganggu Pacarku dalam album
terbaru.
Album ketiga Aliff yang sudah pun berada di pasaran pada 20 Mac lalu telah memuatkan 8 buah lagu dan dua minus one.
Sementara itu, Aliff yang sudah selesa mengembangkan kariernya di sini
akui belum bersedia untuk memohon kerakyatan warganera Malaysia.
“Saya bukan tidak mahu tetapi saya belum bersedia untuk berbuat
demikian. Biarlah saya kukuhkan karier saya disini dan betul-betul yakin
baru saya fikir untuk menjadi penduduk tetap Malaysia,” luahnya.
Selain muncul dengan album terbaru, Aliff yang baru selesai penggambaran
drama Antara Kita iaitu drama yang menggandingkannya dengan pelakon
Anne Ngasri sedang menjalani penggambaran dalam telemovie Vilog bersama
pelakon Wawa Zainal.
0 comments:
Post a Comment