Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

Seekor kucing terselamat dari sebarang kemalangan selepas dirinya terperangkap di atas bumbung sebuah van dalam perjalanan sejauh 35 kilometer dengan kelajuan 112 km sejam.

Pemandu van itu Helen Stevens sebelum menyedari keadaan itu, pelik apabila diberikan isyarat lampu oleh para pemandu lain.

Selepas itu, baru Helen menyedari seekor kucing sedang bertahan dalam ketakutan di celah-celah tangga yang dibawa bersama dengan van itu.

Menurut Helen, kucing itu pasti naik ke atas van beliau ketika berhenti untuk mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

“Kucing itu kelihatan takut, ia pasti menaiki van ini ketika kami berhenti di sebuah stesen minyak di Melton dan selepas itu memandu di laluan lebuhraya M69 dan M1,” katanya.

Helen yang berusia 30 tahun tinggal di Wigston berdekat Leicester kemudian membawa kucing itu ke sebuah klinik haiwan untuk memeriksa keadaan kucing itu.

Menurut doktor veterinar, kucing itu tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam perjalanan yang menakutkan bagi kucing itu.

Klinik veterinar itu kemudian menyebarkan iklan di internet sebelum dan ia berjaya dikesan oleh ibu kepada pemilik kucing itu iaitu seorang kanak-kanak bernama Connor Russell.

Kucing itu yang bernama Kick Buttowski kemudian disatukan semula dengan kanak-kanak itu.

Menurut ibu Connor Ellise Pepper, kucing itu bertahan sepanjang perjalanan tetapi pasti dia dalam keadaan penuh ketakutan ketik ia terperangkap di atas van berkenaan.


0 comments:

Post a Comment