Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014



TAWAU, 8 Sept (Bernama) -- Kira-kira 100 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Keramat Laut di sini lewat hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.20 petang dan tiga jentera bomba bersama 37 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran itu disebabkan kedudukan rumah yang rapat serta keadaan angin kencang menyebabkan api merebak dengan cepat.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian pada pukul 9 malam menyaksikan pasukan bomba masih menjalankan operasi memadam kebakaran.- BERNAMA


Bagi sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran, boleh berbuat sedemikian dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun Muslim Care Malaysia, 564490413882 (Maybank) , 14032010093666 (Bank Islam) atau 14010007654717 (Bank Muamalat). - SiakapKeli.com


0 comments:

Post a Comment