Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

Simpang Ampat – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar lebih 6,000 kilogram (kg) daun ketum ke Thailand bernilai lebih RM500,000, tahun ini.

Panglima Briged Ke-6 Brigedier Jeneral Mohd Zakaria Yadi berkata, ATM turut menahan 15 rakyat tempatan dan Thailand yang cuba menyeludup keluar daun ketum berkenaan.

Beliau berkata, mereka ditahan ketika cuba membawa keluar daun ketum melalui Durian Burung dan Bukit Kayu Hitam serta beberapa kawasan lain.

“Rampasan dan tangkapan ini adalah untuk lapan bulan pertama pada tahun ini,” katanya.

Menurutnya, ATM akan memperketatkan lagi kawalan di sempadan selain beroperasi 24 jam sehari. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment