Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 23, 2014

No Comment


AS Roma terus mempamerkan aksi cemerlang dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan Serie A Itali apabila menewaskan Cagliari 2-0 awal pagi semalam.

Kemenangan itu membuatkan skuad Giallorossi terus memimpin liga dengan mengumpul sembilan mata.

Keputusan itu memuaskan hati jurulatihnya, Rudi Garcia yang menganggap anak buahnya menunjukkan karakter yang menakjubkan musim ini.

"Kami menjalani perlawanan dengan sangat baik. Mencatat ketiga-tiga perlawanan tanpa dibolosi termasuk memimpin liga setakat ini amat membanggakan. Ini adalah keputusan yang indah dan menggembirakan semua pihak," katanya.

Bagaimanapun Garcia tetap mengingatkan kepada pemainnya bahawa beraksi dengan baik masih belum cukup untuk mereka sebaliknya kekuatan mental akan menentukan kejayaan Roma musim ini.

"Memiliki skuad besar sahaja tak cukup, anda harus mempunyai pasukan dengan mental yang kuat dan siap diturunkan dengan segala kemampuan di setiap perlawanan," ujarnya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment