Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 24, 2014

No Comment


SHAH ALAM – Azmin Ali memulakan tugas pertama sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa yang juga Ahli Parlimen Gombak itu tiba di lobi utama bangunan SSAAS, kira-kira jam 7.50 pagi.

Beliau dijangka mengadakan pertemuan bersama ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan negeri Selangor pada jam 9 pagi ini.

Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar yang baharu semalam susulan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pelantikan Azmin sekali gus menamatkan kemelut yang melanda pakatan pembangkang berhubung isu jawatan Menteri Besar itu. – BH Online

0 comments:

Post a Comment