Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata sekarang bukan idea yang baik untuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai parti itu.

Katanya, berdasarkan faktor politik semasa di negeri Selangor, Menteri Besar perlu menumpukan perhatian menyelesaikan banyak isu di negeri berkenaan.

“Saya fikir bukan idea yang baik (bagi Abdul Khalid) menyertai PAS pada ketika ini. Saya ingat dia pun nak keluar daripada politik…saya rasa dia pun nak pergi bercuti,” katanya secara berseloroh ketika ditanya wartawan sama ada Abdul Khalid menawarkan diri untuk menyertai PAS.

Iskandar ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Kemelut politik di Selangor menjadi tegang apabila Abdul Khalid yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta meletak jawatan setelah didakwa kehilangan sokongan 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk dua daripada PAS.

Bagaimanapun, Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid sehingga pelantikan menteri besar baharu dibuat.

Semalam, Menteri Besar itu dilaporkan berkata pihaknya dimaklumkan ketiga-tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP telahpun menghantar nama calon bagi jawatan menteri besar kepada Sultan Selangor seperti dititahkan baginda. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment