Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

LONDON – Juventus kini menghala sasaran untuk mendapatkan pemain bek Liverpool, Glen Johnson bagi perpindahan Januari ini.

Pemain antarabangsa England itu kini akan menjadi ejen bebas pada akhir musim ini tetapi kelab gergasi dari Itali itu percaya mungkin dapat meminta The Reds mengurangkan harga dan mengikatnya pada jendela perpindahan yang berikut.

Liverpool belum lagi mencapai sebarang persetujuan atas kontrak baru tapi harus bimbang mungkin kehilangan Johnson tanpa apa-apa pulangan.

Namun, Juventus mungkin menyedari kontrak besar pemain itu bakal menjadi satu halangan besar. Pemain berusia 30 tahun itu mungkin menuntut gaji besar jika dia angkat kaki ke Itali.

Bertukar haluan ke Turin mungkin menyaksikan Johnson menyambung trend terkini pemain pertahanan England dengan Ashley Cole menyertai Roma dari Chelsea atas peraturan Bosman, musim ini dan Manchester City meminjam Micah Richards ke kelab Fiorentina bagi musim terakhir perjanjiannya. – BBC Sport

0 comments:

Post a Comment