Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 17, 2014

No Comment


MIRI – Kerajaan Persekutuan melakukan pelbagai usaha untuk mensejahterakan Sarawak kerana mengiktiraf kepentingan negeri itu terhadap pembangunan negara, kata Datuk Dr Wee Ka Siong.

“Walaupun benar terdapat banyak kawasan di Sarawak masih ketinggalan berbanding negeri-negeri lain, Putrajaya sedang berusaha untuk merapatkan jurang pembangunan. Tanpa Sarawak, Malaysia tidak lengkap,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Dr Wee berkata, Sarawak memberi sumbangan besar kepada negara dalam pelbagai cara.

“Oleh itu, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebahagian besar Belanjawan tahunan untuk Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan dialog pertubuhan Cina di sini.

Beliau berkata, pelantikan Datuk Fadillah Yusof (Sarawak) sebagai Menteri Kerja Raya dan Datuk Seri Shafie Apdal (Sabah) sebagai Menteri Luar Bandar dan Wilayah mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan di kedua-dua negeri ini.

Di Kuala Lumpur, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata segelintir anak muda Malaysia keliru mengenai apa yang dimaksudkan dengan menyuarakan rasa cinta terhadap negara dan menyokong kerajaan.

Mengambil contoh pengalaman seorang rakannya ketika berada di pawagam apabila lagu Negaraku dimainkan sebelum tayangan filem bermula, Chong berkata, kebanyakan anak muda tidak berdiri untuk menghormati lagu kebangsaan itu.

“Saya tidak tahu mengapa mereka tidak berdiri dan menyanyikan lagu kebangsaan. Sikap itu perlu ditangani,” katanya selepas merasmikan seminar pelajar di sebuah universiti mengenai GST di Wisma MCA di sini, Selasa. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment