Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

KUANTAN – Mayat pekerja asing ketiga, yang tertimbus dalam kejadian runtuhan batu di sebuah kuari dekat Felda Bukit Sagu di sini,  ditemui tengah malam tadi.

Mayat Cecep Rubiyanto, 22, dari Indonesia ditemui terhempap di bawah bongkahan batu di atas puncak bukit itu pada 12.44 tengah malam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

Berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh Bomba dan Penyelamat Negeri, Jabatan Pertahanan Awam dan polis ditamatkan awal pagi ini, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5 petang semalam, dua pekerja warga Indonesia dan seorang pekerja warga Myanmar tertimbus apabila berlaku runtuhan batu ketika mereka dalam perjalanan turun daripada timbunan batu itu selepas selesai melakukan tugasan.

Mayat warga Indonesia Rudi Hartono, 30, ditemui pada 7 malam manakala mayat warga Myanmar, Tang Yang Siew, 25, ditemui pada 9.20 malam tadi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment