Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 15, 2014

No Comment

PENGURUS Manchester United Louis van Gaal begitu teruja selepas skuadnya membenam Queens Park Rangers (QPR)  4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford lewat malam Ahad.

Kemenangan pertama pada perlawanan keempat ini sekaligus membuat van Gaal berjanji skuadnya akan menjadi lebih baik lagi selepas ini.

"Keputusan sangat menakjubkan, tetapi kami mampu melakukan lebih baik.

"Kami telah mempamerkan aksi mantap sejak awal permainan," jelas pengurus kelahiran Belanda ini.

Van Gaal juga meminta semua anak buahnya agar melupakan aksi hambar perlawanan sebelum ini.

"Saya memberitahu kepada pemain sebelum perlawanan agar membuat sesuatu yang baharu.

"Kami menilai kembali yang telah berlaku  dan saya dapati kami banyak hilang bola pada tiga perlawanan sebelum ini.

Van Gaal turut memuji pemain baharu dibelinya, Angel Di Maria dan Marcos Rojo yang bermain dengan penuh keyakinan.

"Sesuatu yang agak sukar bagi pemain untuk menyesuaikan diri dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi pemain-pemain baharu melakukan dengan baik," katanya.

Tambah Van Gaal lagi, dia mahu memberi tumpuan untuk menjuarai liga walaupun mendapat pandangan yang negatif bahawa impian itu tidak akan berlaku musim ini.

"Saya mahu menang gelaran juara Liga Perdana.

"Jika bukan tahun ini mungkin tahun kedua atau ketiga. Saya mahu memberi gelaran juara kepada peminat.

"Semua penyokong sudah menunggu terlalu lama untuk melihat keputusan yang bagus, dan aksi menarik di laman sendiri.

"Saya berterima kasih di atas keyakinan dan sokongan mereka," katanya.

Sementara itu pada aksi bertemu QPR, Di Maria membuka jaringan pada minit ke-24 sebelum Herrera menambah gol kedua pada minit ke-36.

Manakala Wayne Rooney tidak melepaskan peluang menambah satu lagi jaringan untuk United pada minit ke-36.

Bekas penyerang Chelsea, Juan Mata mengukuhkan kedudukan dengan jaringan keempat sebaik sahaja babak kedua bermula (m-58).

Selain itu, jaringan Rooney pada aksi ini mencatat rekod 175 gol keseluruhan dalam liga, dan meletakkan dia berada di kedudukan ketiga penjaring terbanyak bersama Thierry Henry.

Lebih manis buat United, Di Maria dipilih sebagai Man Of The Match perlawanan ini.

SENARAI PEMAIN:

MAN UTD: De Gea, Rafael , Evans, Rojo , Blackett , Blind , Herrera , Mata , Di Maria , Rooney , van Persie . (simpanan): Valencia , Falcao , Januzaj n/a.

QPR: Green ; Hill , Ferdinand, Caulker , Isla , Sandro , Kranjcar , Fer , Phillips , Hoilett , Austin . (simpanan): Traore , Henry , Vargas .

0 comments:

Post a Comment