Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment

KUANTAN – Polis masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang pelancong warganegara Perancis, Jerome Philippe Laurent yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata operasi mencari lelaki yang berusia 24 tahun itu disambung seawal pukul 8 pagi tadi.

“Polis juga akan membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan helikopter dari Unit Udara Polis Diraja Malaysia hari ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kekuatan pasukan penyelamat juga ditambah kepada 67 anggota dari pelbagai agensi dengan tujuh buah bot.

Katanya, pasukan penyelamat itu terdiri daripada anggota polis, polis marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan kakitangan Berjaya Resort Tioman.

Johari berkata, pasukan penyelamat akan memperluaskan lagi kawasan pencarian dari lokasi pelancong terbabit dilaporkan hilang.

Lelaki itu dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti snorkeling di hadapan Berjaya Resort Tioman, Pulau Tioman kira-kira jam 3 petang Selasa lepas.

Kehilangannya disedari selepas dia didapati tidak pulang ke chalet penginapannya sehingga jam 5.30 petang hari yang sama sebelum laporan polis dibuat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment