Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 22, 2014

No Comment
FOSIL gigi ini yang ditemui di sebuah kawasan hutan antara  Kuala Semantan dan Temerloh, Pahang mempunyai ukuran 23 milimeter panjang dan 10  milimeter lebar. 
PENEMUAN fosil gigi dinosaur Spinosaurid Therapod di sebuah kawasan hutan di Pahang membuktikan bahawa ia lebih besar daripada spesies Tyrannosaurus Rex (T-Rex).

Fosil yang ditemui sekumpulan penyelidik daripada Jabatan Geologi, Universiti Malaya (UM) dan ditanda sebagai Sampel UM10575 pada Februari lalu itu turut dipercayai gigi anak dinosaur pemakan ikan yang belum mencapai usia dewasa.

Gigi yang ditemui di sebuah kawasan hutan antara Kuala Semantan dan Temerloh itu mempunyai ukuran 23 milimeter panjang dan 10 milimeter lebar.

Difahamkan, penemuan fosil itu merupakan yang pertama di negara ini dan dilakukan secara usaha sama antara Jabatan Geologi UM dengan Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto sejak September 2012.

Mengulas mengenai penemuan tersebut, ahli paleontologi Institut Geologi Malaysia, Ahmad Rosli Othman berkata, kawasan banjaran gunung di Pahang termasuk Gunung Tahan, Gunung Berantai dan Endau Rompin berkemungkinan besar mempunyai lebih banyak fosil dinosaur.

"Usaha menjejak fosil dinosaur agak sukar kerana kawasan ini terdiri daripada hutan tebal bergunung-ganang dan sebahagian pula kawasan yang dilindungi," kata beliau.

Ahmad Rosli menambah, penemuan tersebut juga menjadi titik mula kepada ahli paleontologi untuk mencari lebih banyak fosil yang mungkin tertanam oleh lapisan sedimen di dalam batuan di negeri itu sejak berjuta tahun lalu.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kerajaan negeri bersedia menjadikan kawasan penemuan fosil tersebut sebagai destinasi pelancong.

Bagaimanapun, Mohd. Sharkar menambah, cadangan itu hanya boleh dilaksanakan selepas semua kajian mengenai fosil di lokasi tersebut selesai.

Menurut beliau, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob juga akan mengumumkan lokasi sebenar penemuan fosil itu secara rasmi selepas semua kajian berkaitan selesai. ─ Kosmo

0 comments:

Post a Comment