Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 13, 2014



TUMPAT – Pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sobri Ramli mengumumkan demikian selepas proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini yang berlangsung selama sejam ditutup pada 10 pagi.

Mohd Sobri berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada Wan Rosdi pukul 9.05 pagi, Mat Razi 9.06 pagi dan Izat Bhukhary 9.17 pagi.

Proses penamaan calon berkenaan yang bermula 9 pagi berjalan lancar dengan ribuan penyokong daripada parti masing-masing mematuhi peraturan untuk berada di luar kawasan pusat penamaan calon yang ditutup pada 10 pagi.

Mat Razi, 48, yang berpakaian baju Melayu berwarna merah diiringi ke pusat penamaan calon oleh penyokong BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8.40 pagi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment