Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 15, 2014



Baru-baru ini, Sarimah Ibrahim, 36 telah mendedahkan tentang majlis pertunangannya yang bakal diadakan 27 September ini dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, lapor karangkraf.

Dia lain dari kawan-kawan yang saya pernah kenal sebelum ini. Dari segi budi bicara, cara, penampilan dan pemikirannya. Itu semua penting untuk saya. Cuma dia yang berani untuk bersama saya dan seorang yang sangat penyabar dengan kerenah saya,” ujar Sarimah yang dipetik menerusi Astro Gempak.

Majlis itu akan dilangsungkan disebuah hotel di ibu kota.

Sarimah juga menjelaskan semua persiapan telah banyak dibuat dan majlis itu akan mematuhi adat resam dan juga mengikuti budaya dari kedua belah pihak.

Hanya doa yang diharapkan kepada para peminat agar segalanya berjalan lancar antara mereka berdua. Seperti sedia maklum, ini adalah perkahwinan kali kedua buat kami berdua. Jadi kami berharap perkahwinan ini adalah yang kali terakhir," tambah Sarimah.

Tunku Nadzimuddin adalah cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10 dan merupakan seorang pengusaha perniagaan di dalam bidang pelaburan.  - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment