Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

KUCHING – Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) merancang untuk menubuhkan sebuah sekolah politik yang akan bertindak sebagai kumpulan pemikir bagi parti itu, kata presiden SUPP yang baru dipilih, Datuk Dr Sim Kui Hian hari ini.

Beliau berkata penubuhan sekolah itu adalah antara pelan konkrit yang dibincangkan semasa Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) baharu parti itu, mengadakan mesyuarat pertama mereka di akhir persidangan perwakilan tiga tahun sekali SUPP, di sini hari ini.

“Berkaitan butirannya, saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan pasukan baharu ini dan saya belum boleh berkongsi dengan anda (media) hari ini,” katanya pada sidang akhbar di akhir mesyuarat itu.

Beliau berkata parti itu turut merancang untuk mewujudkan biro khidmat aduan awam sebagai satu lagi wadah untuk menambah baik perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

Terdahulu, Dr Sim menang tanpa bertanding jawatan presiden parti menggantikan Tan Sri Peter Chin Fah Kui yang mengambil keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2012.

Dr Sim berkata 10 muka baharu menyertai beliau dalam CWC yang turut menyaksikan peningkatan dalam perwakilan anggota Bumiputera.

Menggambarkan jawatankuasa baharu itu sebagai sebuah ‘pasukan perpaduan yang lengkap’, Dr Sim berkata semua cawangan parti terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri yang diperuntukkan kepada SUPP dalam pilihan raya sebelum ini, mempunyai wakil masing-masing dalam CWC.

“Tiada siapa pun yang tertinggal. Ini membuktikan betapa seriusnya kami tentang kerusi (pilihan raya) yang disandang SUPP dan betapa seriusnya kami tentang perpaduan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment